PENGENALAN

Kg Taun Gusi adalah sebuah perkampungan Bajau Samah yang terletak kira² 8KM ke Utara Pekan Kota Belud dan boleh dihubungi dengan mudah melalui jalan darat. Kg Taun Gusi menjalankan aktiviti penanaman padi dan merupakan pengeluar utama padi di Kota Belud. 

Dari Kota Kinabalu mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam ke rumah homestay saya.

Selamat datang ke Cahaya House Homestay. Homestay ini terletak di Kampung Taun Gusi, Kota Belud yang terletak 3 Kilometer dari pekan Kota Belud kira-kira 5 minit masa perjalanan.


Cahaya House Homestay ini mula di wujudkan pada 2016. Pengusaha Nurul Ezzati Fazirah Binti Maljim. Cahaya house Homestay ini diberi nama semperna nama-nama anak Encik Haji Maljim yang bermula dari "Nurul" yang bermakna "cahaya" yang mula beroperasi sepenuhnya pada 2016 pertengahan tahun.
Homestay ini mempunyai 2 buah bilik yang boleh memuatkan sebuah keluarga dalam satu bilik. Tarikan utama di homestay ini adalah persekitarannya yang nyaman dan selesa lengkap dengan kelengkapan moden. Selain itu pemandangan sawah padi yang indah berlatar belakangkan gunung kinabalu menjadi pakej utama yang menjadi pilihan pengunjung homestay.

No comments:

Post a Comment