Tuesday 15 August 2017

CAHAYA HOUSE HOMESTAY

Cahaya House Homestay ini adalah salah satu Homestay yang di bawah Homestay Taun Gusi iaitu, Muan Homestay, Aravilla Homestay, Taun gusi villa homestay dan Taun Gusi village Homestay serta beberapa lagi buah homestay yang lain.

Taun Gusi Homestay ini mempunyai 11 rumah Pengusaha.

Sebarang Info dan tempahan sila hubungi Cik Nurul: 0109578322

Monday 7 August 2017

RIVER CRUISE DI SUNGAI TEMPASUK

river cruise kota belud


Sumber dari facebook "JELAJAH KOTA BELUD"

MEMORY CIK NURUL

Menunggang kerbau 


Cik Nurul masih ingat zaman kanak-kanak dulu aruwah datuk dan nenek bawah cucu-cucunya ke pugun (hutan) sekitar kampung mencari kulat (cendawan liar) dan buah pengalaban. Memory time tu memang tak boleh di lupakan kerana kami dapat melihat keunikan kampung dan mengetahui lokasi sumber makanan yang menjadi kebiasaan penduduk kampung ketika itu,

Buah Pengalaban
Selain itu, ketika Cik Nurul dalam sekolah rendah (tak ingat umur berapa tahun),Cik Nurul terdedah dengan  pengalaman hidup di kampung yang unik dan sungguh seronok. Disebabkan hal ini Cik Nurul nak berkongsi keunikan dan pengalaman hidup penduduk kampung yang menjadi turun temurun di Kota Belud.



COWBOYS OF THE EAST (KOTA BELUD)


            Budaya masyarakat Kota Belud memang mampu dijadikan "Model Perpaduan" bagi Negara Malaysia. Kota yang sinonim dengan gelaran "The Cowboy Town of The East" ini dihuni oleh masyarakat Malaysia yang dari pelbagai kaum. 



Kaum Pribumi Dusun, Bajau Iranun, Ubian, Suluk, Banjar, Tobilung, Kagayan, Binadan, sekadar menyebut sebilangannya. Masyarakat Cina dan India di kawasan ini juga bukan sedikit. Namun mereka menjalin hubungan yang amat intim dan mesra dengan masyarakat tempatan. Kahwin campur merupakan satu fenomina yang biasa berlaku di kawasan ini. Warna warni masyarakat Kota Belud pasti mengkagumkan anda jika anda berkunjung ke Daerah ini, terutama semasa Perayaan Tamu Besar Kota Belud


Perkahwinan suku kaum Bajau Kota Belud





sumber facebook"Gui Foo Chen